Friday, 24 June 2011

Ikan Bakar














Ikan Bakar merupkan sebuah hidangan ikan atau bentuk lain makanan laut dibakar menggunakan arang masakan Indonesia, Malaysia dan banyak dari negara-negara Asia Tenggara lain. Biasanya, dagingnya marinated (dengan rempah dan kadang-kadang sambal belacan) dan kemudian digril; kadang-kadang dengan daun pisang di antara makanan laut dan pinggan panas. Sesetengah bentuk makanan laut selain ikan termasuk sotong dan ikan pari.

Resepi Ikan Bakar

Nasi Kandar














Nasi Kandar adalah hidangan utara Malaysia yang popular, dan berasal dari Pulau Pinang. Nasi Kandar adalah satu hidangan nasi kukus yang boleh tawar atau sedikit berperisa, dan disajikan dengan kepelbagaian kari dan hidangan sampingan.
Perkataan Nasi Kandar, timbul sewaktu waktu kelihatan penjaja nasi menjinjing (mengandar) tiang yang menggantung dua bekas nasi. Nama itu telah kekal dan hari ini perkataan Nasi Kandar ada kelihatan pada kebanyakan restoran Tamil Islam atau "Mamak Malaysia" dan gerai hidangan India Muslim.
Nasi untuk dijadikan nasi kandar biasanya diletakkan dalam bekas kayu kira-kira tiga kaki tinggi yang memberi ia satu bau tersendiri. Hidangan nasi kandar dilengkapi oleh daging seperti ayam goreng, limpa kari, daging lembu, telur ikan, udang atau sotong goreng. Hidangan sayur itu biasanya adalah seperti terung, bendi atau peria. Satu campuran sos kari dituang pada nasi. Ini dipanggil 'banjir' (pembanjiran) dan menyampaikan satu rasa pelbagai pada nasi.
Mengikut tradisi, nasi kandar selalu dihidangkan bersama hidangan sampingannya dalam satu pinggan. Namun dewasa ini, mangkuk melamina kecil adalah digunakan untuk hidangan sampingan. Apapun, campuran sos kari sentiasa dicurahkan terus pada nasi.Makanan yang terkenal di Nasi kandar ialah campuran kuah kari dan ayam goreng nescafe ais @ panas dan Teh ais @ panas.Nasi kandar juga mempunyai pelbagai jenis nasi seperti Nasi briyani, Nasi Tomato, Nasi  Hujan Panas dan lain -lain lagi.  

Restoran Terkenal

  • Nasi Kandar Line Clear
  • Nasi Beratur
  • Restoran Nasi Kandar Subaidah
  • Kayu Nasi Kandar
  • Nasi Kandar Nashmir
  • Nasi Kandar Izadol Kampung Melayu
  • Nasi Kandaq Mohd Noor Al-Putat Bertam
  • Nasi Kandar Ayam Merah (Nasi Ganja @ Vanggey Ipoh)
  • Nasi Kandar Kayu
  • Nasi Kasim Muffta.

Rujukan: Wikipedia

Tosai & Idli






  




Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan Rava tosai sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia. Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india.  Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein.

  Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk
 
sampingan. Contohnya,sambar,sambal dari buah-
 
buahan,acar india,kari ayam atau daging
 
kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia
 
diisi dengan kentang dan bawang yang telah di
 
goreng sehingga ranggup.
 
Resipi Tosai 
        
Bahan-bahan ( untuk 10 keping tosai ):
 

  • Cara penyediaan:

    1. Kisar semua bahan dengan pengisar sehingga halus.
    2. Masukkan sedikit air semasa mengisar. Air agak-agak padan dengan bahan-bahan yang hendak di kisar. Kadar kecairan adunan seperti apam tapai.
    3. Masukkan garam dan kacau rata.
    4. Peram adunan kira-kira 8 jam supaya adunan naik. 
    5. Culup bawang dengan minyak dan sapu atas kuali rata. 
    6. Kacau adunan tadi. Ambil lebih kurang 1 cawan atau 1 senduk adunan dan ratakan atas kuali anda. 
    7. Masak dengan api perlahan atau sederhana sehingga adunan sehingga menjadi warna emas. 


    IDLI (Kuih beras kukus) 








    Resepi Idli sama seperti resepi Tosai. Hanya berbeza dari segi cara masakan. Kuih Idli harus dikukus dengan adunan yang khas.   


    • 2 cawan beras -rendam 8 jam
    • 1 cawan aluthu - rendam 8 jam
    • 1 kepal nasi
    • garam (ikut rasa)
    • minyak masak
    • 1/2 labu bawang besar

    Murukku


    Murukku adalah makanan tradisional kaum India Malaysia yang resepinya berasal dari India Selatan terutamanya dari Tamil Nadu. Muruku telah mengambil tempat di hati semua masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Murukku adalah makanan ringan yang sedap, rangup dan senang dibuat dan murah kosnya.  Murukku diperbuat dari Tepung Kacang  Ulunthu dhal dan Tepung beras dan perasanya bergantung kepada penggemar seperti yang asli atau pun yang pedas mengunakan serbuk cili. Murukku yang biasanya berbentuk bulatan atau pun yang halus. Murukku di buat menggunakan acuan khas seperti cara menekan tepung yang telah uli atau pun cara pemutaran. Alat cara menekan doh murukku lebih murah (RM5.00 – RM7.00), tetapi memerlukan teknik yang baik dan tenaga yang banyak. Alat murukku pemutar tangan pula mudah dan tidak perlu menggunakan tenaga yang banyak tetapi harganya mahal sedikit (RM15.00).

    Resepi Murukku

    BAHAN-BAHAN:
    Cara menghasilkan tepung kacang Ulundu/ Urad Dhal.
    300 gm kacang tosai(putih kekuningan). Goreng kering di dalam kuali se hingga warnanya berubah keperangan. Jangan terlalu lama. Biarkan sejuk sedikit. Kisar halus KERING sehingga jadi tepung dengan menggunkan pengisar(blender) sekiranya terdapat kasar sedikit dibahagian atas tidak mengapa. Anda boleh hasilkan 1 cawan tepung kacang thosai ini.
    • 1 cawan (cup) tepung kacang Ulunthu.
    • 4 cawan tepung beras.
    • 2 sudu buter atau majerin lembut.
    • 1 sudu kecil biji rempah jemuju/ oregano. (boleh dapati dari kedai rempah beli 0.50 sen).
    • 1 sudu bijan.
    • 1 sudu kecil garam. (dilarutkan didalam air suam).
    • 2 cawan air suam.
    • Serbuk Cili ikut kepedasan yang diperlukan* (pilihan)
    • Daun Kari 8-10 helai dicincang* (pilihan)
    CARA-CARA:
    1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam bekas.  Sebatikan butter/majerin dengan tepung.
    2. Masukkan air suam ke dalam bekas. Jadikan tepung doh yang lembut. Sekiranya doh anda terlalu keras, tambahkan sedikit air. Doh yang keras sukar dan mudah putus semasa memutar dalam acuan murukku.
    3. Pilih acuan mrukku yang anda kehendaki. Masukkan acu pilihan anda ke dalam alat membentuk  murukku.  Masukkan sedikit doh ke dalam alat acuan murukku. Tutup penutupnya.
    4. Ambil Alluminium foil atau sehelai plastik (beg plastik) sederhana lebar dan sapukan minyak supaya murukku anda tidak melekat dan senang dijatuhkan kedalam minyak panas.
    5. Acuan muruku datang dengan berbagai bentuk (putu mayom dibuat dengan alat murukku ini tapi cuma acuannya yang berlainan).
    6. Bab nak putar murukku ini memang kekok pada mulanya, tetapi lama-kelaman ia amat mudah dan “Fun”. Mula pusing/tekan perlahan alat murukku anda dengan mulakan dengan membuat bulatan pertama yang kecil di atas foil alluminium anda diikuti dengan pusingan bulatan kedua, ketiga dan ikut sais anda perlukan. Penghujung perlu ditekan pada murukku supaya ia tidak terbuka semasa goreng.
    7. Panaskan minyak dalam kuali sehingga panas dan masukkan murukku satu persatu dengan angkat murukku dari atas aluminium foil dengan cermat dan masukkan perlahan-lahan dalam minyak panas. Tentukan murukku baru masukkan dan telah masak tidak melekat diantara satu sama lain.
    8. Murukku yang telah masak senang untuk kenal pasti. Apabila murukku yang sedang masak telah berhenti mengeluarkan gelombong udara(air bubbles) maka murukku tersebut telah masak. Gelombong udara tersebut adalah wap air yang dibeskan oleh murukku tersebut.
    9. Sejukkan dalam beberapa minit dan simpan murukku anda dalam bekas kedap udara.
                                                                                                                                                                                                                           


    Thursday, 23 June 2011

    Roti Canai


    Roti canai yang siap untuk dimakan
     
    Roti canai atau roti jenis leper yang berbentuk bulat ini, merupakan satu makanan kegemaran kepada semua kaum di Malaysia. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengahari, petang, dan malam dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais.Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu dengan sambal ikan bilis atau kari ikan.
    Penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu dibelakang roti adalah hasil dari tingkahlaku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga menyatakan perkataan canai dibelakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni "Channal". Pada versi yang lain, perkataan canai ini datangnya dari nama bandar Chennai, India disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakkan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia.
    Roti canai di India dan Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti pratha. Rupa roti pratha dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat.

    Resepi

    Bahan-bahan

    1. 600 g tepung gandum
    2. 1 camca garam
    3. 1 camca gula halus
    4. 2 biji telur, dipukul
    5. 125 ml susu segar
    6. 125-130 ml air
    7. 3-4 camb minyak
    8. 3-4 camb minyak sapi
    9. minyak/minyak sapi untuk menggoreng

    Penyediaan

    Gaulkan 3 bahan pertama, masukkan telur, susu dan air sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh. Uli selama 10 min hingga licin dan lembut. Jika terlalu keras, basahkan tangan dengan air kemudian uli lagi. Bahagikan 7 atau 8 bebola. Letak dalam mangkuk. Lumur dengan minyak dan minyak sapi. Tutup dengan tuala lembab, biar 6-8 jam (semalaman). Ambil sebiji, leperkan seberapa nipis yang boleh (stail tersendiri). Angkat hujungnya dan biar memanjang seperti tali kemudian buatkan bulatan. Leperkan agar lapisannya bercantum semua. Jika cara ini sukar, memadai dengan melipat 4 kemudian goreng dalam sedikit campuran minyak/minyak sapi.

    Variasi

    • Roti Telur, dicampurkan dengan telur selepas doh roti ditebarkan.
    • Roti Sardin, dicampurkan dengan sardin dalam tin bersama sos tomato dan diletak bawang yang didadukan.
    • Roti Telur Bawang, dicampurkan dengan telur bersama penggunaan bawang merah yang banyak.
    • Roti Pisang, dicampurkan dengan pisang yang telah dilenyek.
    • Roti Bom juga dipanggil roti boom, jenis roti canai yang dibuat bentuknya kecil dan lebih tebal dari roti canai. Adunan doh dan cara penebaran dan canai, adalah sama dengan roti canai.
    • Roti Planta, dicampurkan dengan marjerin yang banyak. Penggunaan nama Planta dibelakang kerana ia adalah satu jenama marjerin yang popular di Malaysia, kerana penggunaanya oleh orang Malaysia.
    • Roti Petak, atau roti canai sebenarnya, penggunaan nama ini bukan secara umum, penggunaan ini digunakan segelintir oleh orang Malaysia kerana mahu roti canai yang baru dibuat dan dimasak. Kebanyakkan roti canai(berbentuk bulat), telah siap dimasak awal-awal dan akan dipanaskan semula bila dipesan.
    • Roti Banjir, adalah roti canai yang telah dipotong kecil-kecil, dan dicampurkan kuah dal atau kuah kari yang banyak. Sambal akan diletak sedikit.
    Rujukan : WikiPedia

    Nasi Lemak

    Hidangan nasi lemak yang merupakan makanan kegemaran orang Malaysia.

    Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia terutama sebagai sarapan pada waktu pagi . Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.
    Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu). Kaum Cina tempatan juga ada yang memasak nasi lemak dengan lauk babi.

    Pemakanan Asal
    Nasi lemak bukanlah satu makanan sarapan harian pada umumnya. Amalan pemakanan nasi lemak merupakan satu bekalan kepada pesawah-pesawah padi mahupun yang mengusahakan kebun seperti getah, kelapa sawit, sayur-sayuran dan lain-lain. Kebanyakan di Semenanjung Malaysia ,Selatan Thai, Brunei dan Singapura, bekalan Nasi Lemak sering dibekalkan, kerana ia mampu memberi tenaga kepada mereka ini yang membanting keringat.

    Makanan popular

    Pada masa kini, nasi lemak bukan sahaja dinikmati pada waktu pagi. Malahan, ia dinikmati pada waktu makan tengah hari dan malam. Oleh sebab itu, nasi lemak merupakan satu sajian makanan yang ringkas lalu dijadikan makanan pilihan warga kota yang sentiasa kesibukkan. Harga yang murah juga mendorong makanan popular ini semakin mudah didapati di mana-mana sahaja. Biasanya harga nasi lemak berada di dalam linkungan Ringgit Malaysia 1 sehingga 6 sebungkus.

    Cara Memasak

    Nasi untuk membuat Nasi Lemak boleh dimasak menggunakan periuk dapur biasa atau periuk eletrik. Lauknya lebih enak jika masak di periuk tanah. Semasa makan Nasi Leamk jika di saji dengan Daun Pisang terasa lebih enak.  

    Nasi Lemak dan Diet

    Nasi lemak dikatakan tidak begitu sihat untuk dimakan hari-hari kerana tinggi kalori dan lemaknya oleh pakar pemakanan.

    Rujukan: Wiki Pedia

    Selamat Datang

    Selamat Datang Ke Laman Blog Resepi Masakan 1 Malaysia. Semoga anda berpuashati dengan sajian yang diberikan.Terimah Kasih