Friday, 24 June 2011

Nasi Kandar














Nasi Kandar adalah hidangan utara Malaysia yang popular, dan berasal dari Pulau Pinang. Nasi Kandar adalah satu hidangan nasi kukus yang boleh tawar atau sedikit berperisa, dan disajikan dengan kepelbagaian kari dan hidangan sampingan.
Perkataan Nasi Kandar, timbul sewaktu waktu kelihatan penjaja nasi menjinjing (mengandar) tiang yang menggantung dua bekas nasi. Nama itu telah kekal dan hari ini perkataan Nasi Kandar ada kelihatan pada kebanyakan restoran Tamil Islam atau "Mamak Malaysia" dan gerai hidangan India Muslim.
Nasi untuk dijadikan nasi kandar biasanya diletakkan dalam bekas kayu kira-kira tiga kaki tinggi yang memberi ia satu bau tersendiri. Hidangan nasi kandar dilengkapi oleh daging seperti ayam goreng, limpa kari, daging lembu, telur ikan, udang atau sotong goreng. Hidangan sayur itu biasanya adalah seperti terung, bendi atau peria. Satu campuran sos kari dituang pada nasi. Ini dipanggil 'banjir' (pembanjiran) dan menyampaikan satu rasa pelbagai pada nasi.
Mengikut tradisi, nasi kandar selalu dihidangkan bersama hidangan sampingannya dalam satu pinggan. Namun dewasa ini, mangkuk melamina kecil adalah digunakan untuk hidangan sampingan. Apapun, campuran sos kari sentiasa dicurahkan terus pada nasi.Makanan yang terkenal di Nasi kandar ialah campuran kuah kari dan ayam goreng nescafe ais @ panas dan Teh ais @ panas.Nasi kandar juga mempunyai pelbagai jenis nasi seperti Nasi briyani, Nasi Tomato, Nasi  Hujan Panas dan lain -lain lagi.  

Restoran Terkenal

  • Nasi Kandar Line Clear
  • Nasi Beratur
  • Restoran Nasi Kandar Subaidah
  • Kayu Nasi Kandar
  • Nasi Kandar Nashmir
  • Nasi Kandar Izadol Kampung Melayu
  • Nasi Kandaq Mohd Noor Al-Putat Bertam
  • Nasi Kandar Ayam Merah (Nasi Ganja @ Vanggey Ipoh)
  • Nasi Kandar Kayu
  • Nasi Kasim Muffta.

Rujukan: Wikipedia

No comments:

Post a Comment