Friday 24 June 2011

Tosai & Idli






  




Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan Rava tosai sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia. Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india.  Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein.

  Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk
 
sampingan. Contohnya,sambar,sambal dari buah-
 
buahan,acar india,kari ayam atau daging
 
kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia
 
diisi dengan kentang dan bawang yang telah di
 
goreng sehingga ranggup.
 
Resipi Tosai 
        
Bahan-bahan ( untuk 10 keping tosai ):
 

  • Cara penyediaan:

    1. Kisar semua bahan dengan pengisar sehingga halus.
    2. Masukkan sedikit air semasa mengisar. Air agak-agak padan dengan bahan-bahan yang hendak di kisar. Kadar kecairan adunan seperti apam tapai.
    3. Masukkan garam dan kacau rata.
    4. Peram adunan kira-kira 8 jam supaya adunan naik. 
    5. Culup bawang dengan minyak dan sapu atas kuali rata. 
    6. Kacau adunan tadi. Ambil lebih kurang 1 cawan atau 1 senduk adunan dan ratakan atas kuali anda. 
    7. Masak dengan api perlahan atau sederhana sehingga adunan sehingga menjadi warna emas. 


    IDLI (Kuih beras kukus) 








    Resepi Idli sama seperti resepi Tosai. Hanya berbeza dari segi cara masakan. Kuih Idli harus dikukus dengan adunan yang khas.   


    • 2 cawan beras -rendam 8 jam
    • 1 cawan aluthu - rendam 8 jam
    • 1 kepal nasi
    • garam (ikut rasa)
    • minyak masak
    • 1/2 labu bawang besar

    1 comment:

    1. Thanks for ur resipe sharing.
      I will try it in this week.

      ReplyDelete